Home Maklumat Kolej Info Kolej Perutusan Pengarah
Contact Label
Category Staff Icon
Category Student Icon
Category Visitor Icon
Category Program Icon

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pertama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt kerana di atas limpah kurnia dan izinNya untuk kita meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir Kolej Komuniti Chenderoh Perak ke arah kemajuan dan pembangunan yang lebih cemerlang.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada tuan-tuan dan puan-puan ke Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Chenderoh. Sesungguhnya, kesudian anda melayari laman web ini amat bermakna bagi kami dan saya berharap agar segala maklumat yang disediakan akan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua.

Tujuan laman web ini diwujudkan sebagai salah satu media untuk tujuan promosi dan memperkenalkan Kolej Komuniti Chenderoh kepada komuniti setempat dan juga kepada seluruh dunia. Para pengunjung laman web ini boleh mendapat pelbagai maklumat berkaitan kolej dari semasa ke semasa.

Sebagai menyahut cabaran era globalisasi, pihak kolej telah menjalankan proses menaiktaraf kemudahan di kolej ini untuk kegunaan pelajar. Proses ini perlu supaya hasil pembelajaran di Kolej Komuniti Chenderoh dapat seiringan dengan kehendak semasa pasaran pekerjaan. Salah satu kemudahan yang telah dinaiktaraf adalah penggunaan internet untuk semua pelajar kolej.

Kakitangan kolej juga telah diberi kemudahan seperti E-mel untuk kegunaan rasmi seharian. Penggunaan E-mel rasmi kolej ini adalah untuk menjadikan kakitangan kolej mempunyai imej korporat sejajar dengan pengurusan berkualiti di firma kerajaan. Dengan itu, segala persuratan secara elektronik tidak lagi dibayangi oleh imej web server yang lain yang lebih berorentasikan individu.

Sebagai akhir kata utusan, diharap semua pelajar dan kakitangan kolej serta para pengguna laman web ini dapat menggunakan dengan sebaik mungkin kemudahan yang disediakan dan juga beroleh maklumat yang berguna untuk kegunaan anda semua.

Selamat Maju Jaya.

TUAN HAJI MOHAMAD IBRAHIM BIN ALLA PITCHAY
PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH PERAK 

emel-ibrahim

Button myGovt  Button MoHE  Button JPKK  Button JPP  Button JPA  Button SPP  Button mampu  Button 1Malaysia  Button MoF  Button MSC  Button MQA  Button IIM  Button mySMS  Button myIDEAS

KALENDAR AKTIVITI

February 2012
Mo Tu We Th Fr Sa Su
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4

Pertanyaan

  • Soalan Lazim
  • Aduan / Maklumbalas
  • Forum
  • Buku Tamu
  • Bantuan Web

Statistik Pelawat

Hari ini17
Semalam43
Minggu ini223
Bulan ini1288
Keseluruhan1767

 Kemaskini Terkini : 23-02-2012

Mesej Anda

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com